Wednesday, July 11, 2007
Wahai jiwa-jiwa yang tenang
Jiwa-jiwa menjadi pecah berantakan semata-mata kerana mulut. Itu zaman sebelum ada internet. Sekarang jiwa-jiwa itu pecah hanya disebabkan taipan dihujung jejari. Wahai jiwa-jiwa yang mengaku baik, jiwa yang baik tidak mengadu domba!
Saturday, July 7, 2007
Bijakkah kita?
Kita selalu fikir kita sudah cukup bijak. Kenapa agaknya kita fikir begitu, sehingga susah mahu menerima teguran orang lain? Barangkali kerana sudah memiliki segulung kertas akuan kebijaksanaan? Tetapi pernahkah kita terfikir, sekiranya benar-benar bijak, kenapa kita langgar perintah suruh dan larangNya?
Satu persoalan yang sering bermain difikiran....

Thursday, July 5, 2007
Jom kita menikam jiwa!
Hari ini jiwa-jiwa mahu kutikam lagi. Kali ini tentang mendidik anak-anak. Tidak kiralah anak apa. Terkecuali anak tekak. Jangan pula ditikam, ek?
Andai anak-anak melakukan kesalahan orang dewasa cepat menuding. Tapi andainya orang dewasa yang melakukan kesalahan anak-anak tidak berhak menuding. Kalau berani tudinglah. Takut-takut tidak berjari lagi apabila mahu menuding di lain kali. He he he....
Orang dewasa boleh mencarut. Orang dewasa boleh bergurau lucah. Orang dewasa boleh menggunakan bahasa kasar/kotor untuk melepaskan rasa marah kepada orang lain. Yang bijak. Yang bodoh. Yang berpelajaran tinggi. Yang berpelajaran rendah. Sama sahaja. Andainya anak-anak menggunakan bahasa yang sama? Pang! Berpusinglah muka ke belakang. Muahahaha....

Subscribe to:
Posts (Atom)