Hari ini jiwa-jiwa mahu kutikam lagi. Kali ini tentang mendidik anak-anak. Tidak kiralah anak apa. Terkecuali anak tekak. Jangan pula ditikam, ek?
Andai anak-anak melakukan kesalahan orang dewasa cepat menuding. Tapi andainya orang dewasa yang melakukan kesalahan anak-anak tidak berhak menuding. Kalau berani tudinglah. Takut-takut tidak berjari lagi apabila mahu menuding di lain kali. He he he....
Orang dewasa boleh mencarut. Orang dewasa boleh bergurau lucah. Orang dewasa boleh menggunakan bahasa kasar/kotor untuk melepaskan rasa marah kepada orang lain. Yang bijak. Yang bodoh. Yang berpelajaran tinggi. Yang berpelajaran rendah. Sama sahaja. Andainya anak-anak menggunakan bahasa yang sama? Pang! Berpusinglah muka ke belakang. Muahahaha....
Thursday, July 5, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment