Friday, June 29, 2007

Menyingkap keaiban diri

Ramai blogger yang menulis kisah peribadi mereka di blog. Aku? Apa yang mahu aku tuliskan? Aku hanyalah seorang manusia yang tidak punya apa-apa. Mahu kutulis kisah hidupku? Menyingkap keaiban diri adalah dilarang oleh agama walau apa pun alasannya. Hairan kerana masih ada orang yang memuji orang-orang yang tidak malu-malu menyingkap keaiban diri mereka. Kata mereka, orang-orang seperti itu ikhlas dan tidak berpura-pura dalam tulisan mereka. Barangkali mereka terlupa akan larangan Allah.

Lainlah jika apa yang mereka tulis itu tidak menyentuh keaiban diri sendiri dan keluarga. Teruskanlah menulis. Aku? Aku akan mencari konsep apa bagi blogku ini.

No comments: